Tag Archives: vtg vans

7 Gambar kasut dan jacket The North Face x Vans

Pada 2 tahun yang lalu, The North Face dan Vans telah dikaitkan dengan kerjasama mereka. Kini, TNF dan Vans telah membuat kerjasama antara mereka dengan koleksi yang mempunyai kasut, beg dan jaket. Kali ini, kerjasama kasut Sk8-Hi dan Old Skool ini telah diliputi dalam Teknologi Scotchguard®

The North Face kita tahu banyak pakaian mereka berfungsi sebagai kalis air. Jadi teknologi kalis air itu akan disertakan pada kasut vans untuk menjaga kaki daripada cuaca sejuk. Kedua-dua model ini juga menyediakan tapak kaki wafel dan suede serta penjenamaan Vans pada tab lidah dan logo The North Face pada bahagian tumit. Ia juga berserta tiga jaket coach dengan penjenamaan bersama di bahagian dada kiri dan tiga Base Camp Duffels kuning, merah dan hitam.

Sk8-Hi ini akan datang dalam warna hitam dan merah manakala Old Skools datang dalam versi putih dan kuning . Koleksi terbaru The North Face x Vans ini dijangka di lepaskan pada 3 November. Kita Tunggu

untuk lihat pada bulan november nanti.

Lihat gambar di bawah 👇