Tag Archives: supreme

12 Gambar Koleksi Terbaru BAPE Sempena Pembukaan Store Di Paris

Label streetwear dari jepun iaitu BAPE dan juga MasterMindd telah bekerjasama sekali lagi dengan keluaran eksklusif. Koleksi terhad termasuk hoodie dan T-shirt memaparkan bendera Perancis dengan logo MasterMind JAPAN dan logo BAPE. LOGO tengkorak dan tulang bersilang mastermind diletakkan di atas kepala Ape. BAPE di atas merah manakala kedua-dua teks tulisan jenama diletakkan di atas bendera putih. Kesemua koleksi ini memaparkan warna bendera perancis sesuai dengan hari pembukaan Store mereka di Paris. Seluruh koleksi akan tersedia di kedai Paris baru BAPE pada hari Jumaat, 8 Disember.

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi terbaru itu boleh juga mendapatkannya pada 9 Disember pada Store yang terpilih.

15 koleksi Supreme x AKIRA

AKIRA adalah siri manga Jepun yang dicipta oleh Katsuhiro Otomo yang dilancarkan pada tahun 1982. Bagi penggemar atau pengumpul koleksi baju atau barangan Akira ini adalah satu berita yang ditunggu.

Supreme akan mengeluarkan koleksi kerjasama dengan Katsuhiro Otomo dalam koleksi yang menampilkan karya seni asli dari AKIRA. Koleksi ini terdiri daripada Fishtail Parka, Jaket Kerja, Coveralls, Jacquard Long Sleeve Top, Soccer Top, Dua Hooded Sweatshirts, Zip Sweatshirt, Four Short T-Shirts, Long Sleeve T-Shirt, 5 Panel Hat, dua Deck Skateboard, seramic plat dan tray.

Akan dilepaskan di butik NY, Brooklyn, LA, London, Paris dan online pada 2 November.

Butik di jepun pada 4 november ini.

Supreme X Nike

Seperti yang kita tahu supreme sering melakukan kerjasama antara brand pakai popular yang lain. Setiap minggu supreme akan mengeluarkan design-design terbaru mereka buat penggemar jenama street wear ini.

Hari ni supreme telah mengadakan kerjasama dengan nike versi baru Air Humara iaitu Jaket Running Trail, Trail Running Pant dan Hat. Jaket Running Trail dan Trail Running Pant mempunyai ciri nilon , juga kalis air , cetakan grafik , nilon dan juga mesh. Selalunya produk dari nike yang kita tahu semua kualiti yang bagus.

Dibuat secara eksklusif untuk supreme Air Humara, Jaket, Pant dan Hat akan ditawarkan dalam empat warna.

Air Humara akan tersedia dalam talian hanya di AS & Eropah pada 26 Oktober. Jaket, Pant dan Hat akan tersedia di kedai NY, Brooklyn, LA, London, Paris dan 26 Oktober secara online.

Tengok gambar di bawah.

Ps : nak beli online pun tinggal habok saja hahaa. Bila agaknya supreme nak buka store kat malaysia kan.

Apa itu item crossover

Penulis ni dari sahabat kita Abezam

Apa dia item crossover?

Crossover atau collaberation antara 2 brands yg berbeza.Sebelum tu Brand akan buat perjanjian dulu utk collab..Bahasa mudahnya gabungan 2 atau lebih Jenama di atas sehelai baju,kasut dan seluar.Kebanyakan item colab ni datang dari Brand Streetwear.Contohnya Supreme,Bape,Mastermind,Neigbourhood,CDG dsb nya.

Mengapa ia mahal ?

IMG_4476

Gambar sahabat kita Kamsani Abdul Manan

Biasanya item Cross cemni limited,rare serta unik.Harga pun boleh tahan senak wallet dibuatnya.Sehelai Hoodie Supreme x CDG yang di pakai sahabat be zam Kamsani A tu bernilai rm3.5k! Tu baru 1 contoh.

Ada tak item Cross yang fake?

Sudah tentu ada.Biasanya datang dari negara china danThailand.Jangan lupa Japan fake pun ada ya.Lagi canggih copy nya.Insya allah be zam cerita next time bab Crossover Fake.Akan disertakan gambar nya sekali untuk rujukan kengkawan semua.

Ok.Dah clear maksud item crossover?
Akhir sekali pesanan be zam,kau pakailah item crossOver camna sekalipun tak salah.Cuma jangan sesekali crossOver bisnes orang.Sama sama kongsi rezeki pemberian illahi.Lagi kongsi lagi murah rezeki.
Lebiu!

#daizam #brand
#streetwear
#Colaboration
#crossover

*Kredit Abezam