Tag Archives: penipuan online

Cara Mengelak ditipu pembeli online.

Perkembangan arena internet turut membawa salah satu gejala negatif baru, dimana ramai yang berlakon menjadi penjual barangan atau perkhidmatan – sekaligus menipu para pembeli dan orang ramai di luar sana.

Terdapat beberapa kaedah ringkas untuk mengelakkan penipuan – termasuk menyemak terlebih dahulu apa kata orang ramai mengenai sesuatu penjual, atau mendapatkan produk atau perkhidmatan daripada pengedar rasmi. Disamping itu, anda juga boleh mengambil langkah proaktif dengan menyemak terlebih dahulu maklumat penjual melalui Laman khusus yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Melalui portal berkenaan, pengguna hanya perlu memasukkan nombor akaun bank penjual – dan ia akan memaparkan sama ada penjual berkaitan mempunyai laporan jenayah komersil ataupun sebaliknya.

script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”>

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk makluman, ia menggunakan pangkalan data berasaskan kepada laporan yang pernah dibuat oleh para mangsa berkaitan dengan seseorang penipuan dan ia memaparkan keputusan daripadanya. Sekiranya tiada laporan pernah dibuat, maka kebarangkalian ia dipaparkan adalah sedikit rendah.

Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan anda menjadi mangsa scam, portal ini mungkin serba sedikit boleh membantu anda dalam mengelakkan penjual yang berhasrat tidak baik.

Ps : Itu penting apabila ditipu kita mesti melaporkan kepada pihak polis.

Credit : Amanz

“Jadilah peniaga jujur”

“Jadilah peniaga jujur”

Ok bab ni saya nak terangkan sikit kepada penjual2 barangan used ni. Banyak yang jujur diluar sana. Tapi ada juga yang tak jujur sebab dia takut buyer tak beli bila bagitahu kekurangan baju atau seluar yang dia jual. Saya cerita berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Cerita tak kira kalau pak lebai atau apa-apa sekali pun jadi la jujur. Saya terkena dah dua kali kepada seller yang sama sebb tak bagitahu baju dah turun warna. Saya sebagai pembeli dan penjual beli untuk menjual semula. Tapi lain pula jadi sebab baju dah turun warna.

Kalau anda penjual sepenuh masa jadi la jujur sebab itu periuk nasi kamu dan nak tanggung anak bini makan. Kalau berniaga hanya fikir untung nasib sebagai seller tak akan bertahan lama.

Kalau dah rezeki baju seluar koyak pun buyer akan beli bila dia dh minat. Jadi kenapa takut untuk terang item sejujurnya. Rezeki tak pernah salah alamat, kalau itu rezeki kita tak kan kemana punya.

Seller facebook yang saya terkena tu, saya tengok keluar Universiti dari mesir bukan calang- calang orang , jadi kat sini orang tak jujur tak mengenal universiti ok

Dah la cerita banyak-banyak nanti sakit hati pulak. Ok cau dulu Assalamualaikum.