Kenal Pasti Kasut kulit Babi

Kasut kulit babi dan hukum jual beli.

Umum tahu babi tergolong dalam najis mughollazoh yakni najis paling berat.Walau apa keadaan sekalipun(kecuali darurat),material dari jasad seekor babi adalah najis.Termasuklah kasut yang diperbuat dari kulit babi.Untuk info korang sekadar menyebut beberapa nama.. sesetengah Adidas Gazelle,Spezial,timberland boots,Clarks dan banyak jenama lagi ada menggunakan Material dari benda alah ni.Betul2 kena perati.

Jadi kat sini be zam share cara nak kesan kulit babi dengan mudah.
Caranya ambil sedikit air sembur atas permukaan kulit.Jika timbul bintik 3 berkembar sah!kulit Al khinziriyun lah jawab nya.
Jika dah bersentuh jangan gelabah berud.Tenang dan samak ja.camana samak?google lah.
Beego..Tumbler reti cari.Takkan cara samak Tak reti search.

Untuk sahabat seller..
Tertengok kat Up2u ada seller up kasut.Mengikut mazhab Shafei,menjual kasut yang ada kulit babi juga hukum nya haram !
Ori 7 petala langit sekalipun kasut tu,jika kau dah confirm ada ‘Encik Pig’ kat kasut tu.. hukum nya Haram dalam berjualbeli.Sebab apa haram?sebab babi adalah najis.Najis mana boleh akad jualbeli.Tolong alert pasal ni wahai seller muslim.

Pesanan terakhir,Jika kulit babi kemain kau jaga..Menjual dengan menipu status barang juga adalah haram.Ibarat peniaga yang menipu dalam timbangan..bukan takat haram malah ia dilaknat Allah.Hat tu lagi besar dosa dari sentuh kulit babi ,Babi.

Mencari rezeki yang halal adalah Fardu.

kredit
Abe Zam
#daizam
#muamalat

Supreme X Nike

Seperti yang kita tahu supreme sering melakukan kerjasama antara brand pakai popular yang lain. Setiap minggu supreme akan mengeluarkan design-design terbaru mereka buat penggemar jenama street wear ini.

Hari ni supreme telah mengadakan kerjasama dengan nike versi baru Air Humara iaitu Jaket Running Trail, Trail Running Pant dan Hat. Jaket Running Trail dan Trail Running Pant mempunyai ciri nilon , juga kalis air , cetakan grafik , nilon dan juga mesh. Selalunya produk dari nike yang kita tahu semua kualiti yang bagus.

Dibuat secara eksklusif untuk supreme Air Humara, Jaket, Pant dan Hat akan ditawarkan dalam empat warna.

Air Humara akan tersedia dalam talian hanya di AS & Eropah pada 26 Oktober. Jaket, Pant dan Hat akan tersedia di kedai NY, Brooklyn, LA, London, Paris dan 26 Oktober secara online.

Tengok gambar di bawah.

Ps : nak beli online pun tinggal habok saja hahaa. Bila agaknya supreme nak buka store kat malaysia kan.

Apa itu item crossover

Penulis ni dari sahabat kita Abezam

Apa dia item crossover?

Crossover atau collaberation antara 2 brands yg berbeza.Sebelum tu Brand akan buat perjanjian dulu utk collab..Bahasa mudahnya gabungan 2 atau lebih Jenama di atas sehelai baju,kasut dan seluar.Kebanyakan item colab ni datang dari Brand Streetwear.Contohnya Supreme,Bape,Mastermind,Neigbourhood,CDG dsb nya.

Mengapa ia mahal ?

IMG_4476

Gambar sahabat kita Kamsani Abdul Manan

Biasanya item Cross cemni limited,rare serta unik.Harga pun boleh tahan senak wallet dibuatnya.Sehelai Hoodie Supreme x CDG yang di pakai sahabat be zam Kamsani A tu bernilai rm3.5k! Tu baru 1 contoh.

Ada tak item Cross yang fake?

Sudah tentu ada.Biasanya datang dari negara china danThailand.Jangan lupa Japan fake pun ada ya.Lagi canggih copy nya.Insya allah be zam cerita next time bab Crossover Fake.Akan disertakan gambar nya sekali untuk rujukan kengkawan semua.

Ok.Dah clear maksud item crossover?
Akhir sekali pesanan be zam,kau pakailah item crossOver camna sekalipun tak salah.Cuma jangan sesekali crossOver bisnes orang.Sama sama kongsi rezeki pemberian illahi.Lagi kongsi lagi murah rezeki.
Lebiu!

#daizam #brand
#streetwear
#Colaboration
#crossover

*Kredit Abezam

Tempat Menarik di Baling Kedah

Assalamualaikum hari ni saya nak bercerita tentang daerah saya tinggal iaitu Baling. Apa yang menarik kat baling ni boleh la anda buat rujukan kalau sampai di Baling ni kan.

Baling ni adalah kawasan bersempadan dengan daerah sik. Jadi percakapan orang baling ni lebih kurang macam orang sik juga. Itu dari pendengaran saya la. Mungkin ada orang tak setuju saya tak tahu la hahaaa.

Ok apa yang menarik kat baling ni? Saya akan senaraikan disini.

1. ( Air Panas Ulu Legong ) ni wajib kalau anda sampai ke Baling. Hari yang orang ramai selalunya hari minggu la kan Jumaat dan Sabtu. Antara pukul 12mlm hingga 3 pagi adalah antara waktu kemuncak macam pesta hahaa. Tiket rm6 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Dalam tu pulak ada chalet boleh la nak rehat lepas mandi.

2. ( Gunung Baling ) kalau anda kaki hiking memang anda akan tahu gunung Baling antara gunung yang tercantik di Malaysia. Walau saya belum jejak kaki lagi kat atas gunung tu hahaa.

IMG_4471IMG_4472IMG_4471

Cantik kan pemandangan gunung Baling. Ala naik atas kurang satu jam saja.

3.( Kedai makan ) Ok dalam bab ni saya rekemen kedai makan Saya sendiri la. Restoran Adni ( wan char koey toew). Walau nama wan char koey teow tapi banyak menu kat sini. Mee udang , char koey teow , makanan panas goreng nasi , mee , koey teow dan bihun. Ada satu masakan istimewa yang korang mesti tak penah makan  .Memang tak jumpa di tempat lain. Menu dia adalah ” Ayam serabai” boleh order bersama nasi putih atau nasi goreng. Memang terbaik sedap !!!!!

Boleh copy location di waze Restoran Adni

4. ( Shopping ) Kalau datang baling jangan lupa untuk bershopping perkakas dapur. Kat baling ni memang murah banyak dari tempat- tempat lain. Orang cakap memang syurga mak cik- mak cik la, pasti kelabu mata harga memang murah.

Ok tu saja la setakat ni yang boleh saya senaraikan. Tapi jangan lupa kalau datang Baling pergi la tempat-tempat yang saya senaraikan tu. Ok assalamualaikum.

Kasut Nike Air Max 97 “volt”

Nike Air Max 97 “volt”

Ok hari ni kita bercerita berkenaan kasut nike yang cantik ni. Nampak gaya nike dah banyak mengeluarkan design kasut 90s mereka.

Untuk meraikan ulang tahun ke-20 Air Max 97, Nike baru-baru ini mengumumkan bahawa ia bersedia untuk melepaskan OG “Volt”retro. Dengan rekaan seperti sebelumnya, pelepasan semula yang akan datang mempunyai kulit berkaca dan mesh atas yang beraksen dengan hits 3M mencerminkan mata yang menarik. Walaupun logo Swoosh yang halus dan midsole putih dengan kusyen Air Max yang kelihatan menyusun reka bentuk kasut. Harga kasut ni akan dilepaskan pada tanda $ 170 USD, Nike Air Max 97 “Volt” ditetapkan akan melepaskan ini pada 28 Oktober. Pasaran malaysia tak akan masuk tu yg sedih kan.

Lihat gambar dibawah.

P/s: kalau jumpa kasut nike 90s bedal ja ok. 😁

Fashion , Brand , Vintage