Tempat Menarik di Baling Kedah

Assalamualaikum hari ni saya nak bercerita tentang daerah saya tinggal iaitu Baling. Apa yang menarik kat baling ni boleh la anda buat rujukan kalau sampai di Baling ni kan.

Baling ni adalah kawasan bersempadan dengan daerah sik. Jadi percakapan orang baling ni lebih kurang macam orang sik juga. Itu dari pendengaran saya la. Mungkin ada orang tak setuju saya tak tahu la hahaaa.

Ok apa yang menarik kat baling ni? Saya akan senaraikan disini.

1. ( Air Panas Ulu Legong ) ni wajib kalau anda sampai ke Baling. Hari yang orang ramai selalunya hari minggu la kan Jumaat dan Sabtu. Antara pukul 12mlm hingga 3 pagi adalah antara waktu kemuncak macam pesta hahaa. Tiket rm6 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Dalam tu pulak ada chalet boleh la nak rehat lepas mandi.

2. ( Gunung Baling ) kalau anda kaki hiking memang anda akan tahu gunung Baling antara gunung yang tercantik di Malaysia. Walau saya belum jejak kaki lagi kat atas gunung tu hahaa.

IMG_4471IMG_4472IMG_4471

Cantik kan pemandangan gunung Baling. Ala naik atas kurang satu jam saja.

3.( Kedai makan ) Ok dalam bab ni saya rekemen kedai makan Saya sendiri la. Restoran Adni ( wan char koey toew). Walau nama wan char koey teow tapi banyak menu kat sini. Mee udang , char koey teow , makanan panas goreng nasi , mee , koey teow dan bihun. Ada satu masakan istimewa yang korang mesti tak penah makan  .Memang tak jumpa di tempat lain. Menu dia adalah ” Ayam serabai” boleh order bersama nasi putih atau nasi goreng. Memang terbaik sedap !!!!!

Boleh copy location di waze Restoran Adni

4. ( Shopping ) Kalau datang baling jangan lupa untuk bershopping perkakas dapur. Kat baling ni memang murah banyak dari tempat- tempat lain. Orang cakap memang syurga mak cik- mak cik la, pasti kelabu mata harga memang murah.

Ok tu saja la setakat ni yang boleh saya senaraikan. Tapi jangan lupa kalau datang Baling pergi la tempat-tempat yang saya senaraikan tu. Ok assalamualaikum.

3 thoughts on “Tempat Menarik di Baling Kedah”

  1. Air Panas Ulu legong tu saya sekeluarga pernah pergi, itupun abg saya yang bawa. Gunung baling belum pernah sampai. Macam best jerk. InsyaAllah jika ada rezeki boleh kami pergi dan singgah ke kedai makan awak. Hihhi

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s