( Gambar ) Koleksi terbaru Adidas Original x Alexander Wang

Koleksi terbaru dari adidas dan alexander wang akan di lepaskan dalam beberapa hari lagi. Kasut terbaru dari adidas Originals dan Alexander Wang ini mengambil semula gaya bola keranjang dari Drop 3 – BBall Low – Kasut ini dibina dengan cap suede halus.

Terletak di atas alas getah tricolor dan dengan kusyen ramping yang sangat responsif di bawah kaki. Material yang digunakan adalah seperti Suede dia bahagian Uppers , Tali elastik, Penjenamaan Logo pada bahagian Lidah dan Tumit kaki yang berlubang , Tali dari Tab ke Heel , Ultra-Responsive Boost ™ Sole dan Tricolor Rubber Outsole.

Ada yang berminat untuk membeli. ?

Cara Mengelak ditipu pembeli online.

Perkembangan arena internet turut membawa salah satu gejala negatif baru, dimana ramai yang berlakon menjadi penjual barangan atau perkhidmatan – sekaligus menipu para pembeli dan orang ramai di luar sana.

Terdapat beberapa kaedah ringkas untuk mengelakkan penipuan – termasuk menyemak terlebih dahulu apa kata orang ramai mengenai sesuatu penjual, atau mendapatkan produk atau perkhidmatan daripada pengedar rasmi. Disamping itu, anda juga boleh mengambil langkah proaktif dengan menyemak terlebih dahulu maklumat penjual melalui Laman khusus yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Melalui portal berkenaan, pengguna hanya perlu memasukkan nombor akaun bank penjual – dan ia akan memaparkan sama ada penjual berkaitan mempunyai laporan jenayah komersil ataupun sebaliknya.

script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”>

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk makluman, ia menggunakan pangkalan data berasaskan kepada laporan yang pernah dibuat oleh para mangsa berkaitan dengan seseorang penipuan dan ia memaparkan keputusan daripadanya. Sekiranya tiada laporan pernah dibuat, maka kebarangkalian ia dipaparkan adalah sedikit rendah.

Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan anda menjadi mangsa scam, portal ini mungkin serba sedikit boleh membantu anda dalam mengelakkan penjual yang berhasrat tidak baik.

Ps : Itu penting apabila ditipu kita mesti melaporkan kepada pihak polis.

Credit : Amanz

Store Terbaru Bape di Europe ( Paris )

Baru-baru ini BAPE melancarkan koleksi bersama dengan UNDEFEATED di Shanghai, KIni BAPE telah mengumumkan lokasi Store terbaru. Brand dari Jepun ni telah memuat naik Status di Instagram berserta gambar bape versi merah, putih dan biru untuk membuka store baru di Paris, bersama dengan caption.

Butiran mengenai pembukaan kedai , seperti lokasi sebenar dan tarikh pelancaran belum disahkan lagi, dengan BAPE hanya mengumumkan bahawa pembukaan kedai akan “datang tidak lama lagi.” Kedai Paris ditetapkan sebagai lokasi kedua Di Eropah. Brand Jepun ini juga mempunyai ruang kedai Selfridges di London.

15 koleksi Supreme x AKIRA

AKIRA adalah siri manga Jepun yang dicipta oleh Katsuhiro Otomo yang dilancarkan pada tahun 1982. Bagi penggemar atau pengumpul koleksi baju atau barangan Akira ini adalah satu berita yang ditunggu.

Supreme akan mengeluarkan koleksi kerjasama dengan Katsuhiro Otomo dalam koleksi yang menampilkan karya seni asli dari AKIRA. Koleksi ini terdiri daripada Fishtail Parka, Jaket Kerja, Coveralls, Jacquard Long Sleeve Top, Soccer Top, Dua Hooded Sweatshirts, Zip Sweatshirt, Four Short T-Shirts, Long Sleeve T-Shirt, 5 Panel Hat, dua Deck Skateboard, seramic plat dan tray.

Akan dilepaskan di butik NY, Brooklyn, LA, London, Paris dan online pada 2 November.

Butik di jepun pada 4 november ini.

Baju musim sejuk Junya Watanabe x The North Face

Junya Watanabe ni adalah brand dari jepun yang telah ditubukan pada tahun 1990 dan kini mereka telah mengadakan kerjasama antara The North Face untuk FW17, menawarkan koleksi kapsul yang diilhamkan oleh gaya hip-hop dan ikon duffel The North Face.

Kedua-dua jenama ini menawarkan Mountain Parka yang berani. Potong dari campuran bulu halus, potongan ini menawarkan hoody berbulu yang boleh ditanggalkan dan komponen beg duffle yang berada di dalam baju. Dua tali penyangkut di kawasan dalam baju dan sejumlah lima fungsi poket dan juga eye catching.

Sebenarnya ada beberapa lagi produk dari Junya Watanabe x The North Face tapi kami sempat detail sebahagian sahaja. Lihat gambar di bawah.

Harga sekitar $2,399

7 Gambar kasut dan jacket The North Face x Vans

Pada 2 tahun yang lalu, The North Face dan Vans telah dikaitkan dengan kerjasama mereka. Kini, TNF dan Vans telah membuat kerjasama antara mereka dengan koleksi yang mempunyai kasut, beg dan jaket. Kali ini, kerjasama kasut Sk8-Hi dan Old Skool ini telah diliputi dalam Teknologi Scotchguard®

The North Face kita tahu banyak pakaian mereka berfungsi sebagai kalis air. Jadi teknologi kalis air itu akan disertakan pada kasut vans untuk menjaga kaki daripada cuaca sejuk. Kedua-dua model ini juga menyediakan tapak kaki wafel dan suede serta penjenamaan Vans pada tab lidah dan logo The North Face pada bahagian tumit. Ia juga berserta tiga jaket coach dengan penjenamaan bersama di bahagian dada kiri dan tiga Base Camp Duffels kuning, merah dan hitam.

Sk8-Hi ini akan datang dalam warna hitam dan merah manakala Old Skools datang dalam versi putih dan kuning . Koleksi terbaru The North Face x Vans ini dijangka di lepaskan pada 3 November. Kita Tunggu

untuk lihat pada bulan november nanti.

Lihat gambar di bawah 👇

5 Baju Polo Stadium yang Dikeluarkan semula

IMG_4577
Polo stadium 1992

Edisi khas polo ni untuk memberi penghormatan kepada Koleksi Stadium Polo Ralph Lauren dari tahun 1992, yang menariknya inspirasi polo ni adalah daripada pakaian atlit olympic Amerika. Untuk tahun 2017 ni Polo Ralph Lauren memperkenalkan semula pakaian yang paling ikonik dari Polo Stadium, dibuat kepada spesifikasi sebenar model-model yang asal dulu. koleksi sukan yang pernah dipakai oleh atlit Amerika.

//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
google_ad_client: “ca-pub-8041997209245544”,
enable_page_level_ads: true
});

Koleksi Polo Stadium asalnya telah dilancarkan pada tahun 1992, tahun yang mana amerika menyertai Sukan Olimpik yang besar dan menjadi kebanggaan orang Amerika dan penekanan semula dalam pentinganya sukan dalam negara mereka. Orang amerika ni memang bab sukan kalau boleh tak nak kalah. Dengan melihat pasaran dan permintaan yang tinggi kepada baju polo ini maka keluar lah pakaian edisi terhad ni. Ralph Lauren mengeluarkan koleksi Stadium dengan cop warna bendera Amerika.

Tahun 1992 reka bentuk Polo dan gabungan lambang “P-wing” dan “Stadium 1992” telah dihasilkan pada pakaian ini. kedua-duanya telah menjadi koleksi penting bagi fanatik Polo. 25 selepas penampilan sulungnya, Polo Stadium kini menjadi kegilaan peminat fanatik seluruh dunia. Koleksi ini telah pun dilancarkan pada September yang lalu.

Gambar baju yang dikeluarkan semula boleh tengok dibawah.

IMG_4570
Polo Stadium Popover Jacket
IMG_4572
Polo P wing Jacket
IMG_4576
Polo P wing Mashup polo
IMG_4599
Polo P wing Fleece Bomber Jacket
IMG_4573
Polo P Wing Crew Sweat

Kalau rasa bermanfaat share la kat kawan2 yang belum tahu lagi ya. Thank you guys.